Monday, November 1, 2010

EPISOD 33: SYUKUR, ALHAMDULILLAH

Salam semua..

Alhamdulillah, aku bersyukur yang teramat sangat kerana diberi peluang menjawat jawatan berprestij dalam sektor kerajaan; Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Gred M41). Tidak dinafikan bahawa untuk memperoleh peluang ini, kita tidak boleh bersenang-lenang dan ambil mudah. Untuk menjadi seorang PTD, saya terpaksa melalui 3 tapisan awal; dimulai dengan menduduki peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam PTD di MARDI, Serdang; setelah lulus saya dikehendaki menghadiri PAC di INTURA, Sg. Petani; dan kemudiannya dipanggil menghadiri temuduga di JPA,Putrajaya. Kenangan indah dalam membuat persediaan dan mengikuti semua proses tapisan itu sudah pasti tidak dapat kulupakan.

Berhadapan dengan orang-orang yang hebat, sudah pasti ada juga segan silunya dan rasa taubat. Berhadapan dengan orang-orang yang lebih berpengalaman, sudah pasti diri rasa kerdil dan ketinggalan. Berhadapan dengan calon-calon yang berkarisma dan berilmu, sudah pasti timbul pertanyaan "Mampukah aku??".

Segalanya kuserahkan kepada Yang Maha Berkuasa. Alhamdulillah, rezekiku dimurahkan Ilahi. Aku telah bersedia untuk berkhidmat untuk negara serta membela nasib keluarga tercinta. Semoga segalanya dipermudahkan dan sentiasa di bawah lindunganNya.InsyaALLAH.

4 comments:

  1. Sudah pasti mampu ^_^..Sama-samalah kita menggalas tanggungjawab itu demi negara yang tercinta..

    ReplyDelete
  2. salam.tahniah beb..semoga rezeki diperluaskan..doakan lah ku jua ea..

    ReplyDelete
  3. 2 mira: chaiyuk!! insyaALLAH.

    2 jana: wslm, thanks a lot! insyaALLAH, AMIN.

    ReplyDelete
  4. tahniah!
    sy akn attend pac, 19mac ni..doakan sy bjaya jugak ek..takut jugak bl baca pglmn2 org y g pac..

    ReplyDelete