Friday, May 4, 2012

KEMBALI MENULIS..

Entah kenapa tergerak hati nak bukak blog ni balik..rindu rasanya..setelah semua yang terjadi dan kesibukan melanda sehingga blog ini terabai..banyak cerita nak dicerita..nantikan ye..jaga diri!

Sunday, December 5, 2010

EPISOD 34 - MENIKMATI CUTI


Cepat betul masa berlalu......
Hampir dua minggu aku bersenang-lenang di kampung halaman...Bahagia rasanya...Setelah sekian lama tak menikmati cuti, aku menggunakan masa yang ada sebaik mungkin...



Sepanjang cuti, setiap hari memasang telinga mendengar bunyi motosikal Mr. Posmen...senang nak cam sebab bunyi dia lain dari yang lain..Betul kata lagu evergreen tu.."PENANTIAN SATU PENYIKSAAN"..keciiiwa yang teramat sangat bila kalau ada surat yang sampai, surat untuk ayahku atau si posmen terus jer lalu tanpa singgah di rumahku. Buat penat jer berlari berkejaran..Menunggu surat tawaran pekerjaan..Tapi, kini, penantianku berakhir sebab dah dapat surat yang dikehendaki...kesannya..senyuman sentiasa meniti di bibirku...jangan orang keliling kata aku tak betul sudah...hehe

Kini, hanya tinggal dua minggu lagi untuk bersenang-lenang. Sebelum memulakan kerjaya baru dan kembali aktif seperti dulu. Sempena menjelang tahun baru hijrah dan masihi; 2011, diriku juga tidak ketinggalan akan menghadapi suasana baru dan pengalaman baru di tempat baru..senang cerita, semua serba baru...

Tak sabar rasanya menantikan tanggal 20 Disember ini. Sekarang, kena selesaikan apa yang patut dan yang paling penting, menyiapkan diri untuk menempuh fenomena baru kehidupan.

Tak lupa juga untuk aku memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH s.w.t atas semua nikmat kurnianNya ini. Memberikan aku kerjaya idaman ini dan memberi peluang aku mendapat tempat pertama di dalam Pertandingan Esei Ekonomi Peringkat IPT 2010. Alhamdulillah, aku bakal mendapat sebuah laptop baru, wang tunai dan sijil penyertaan. Alhamdulillah.

Semoga kegembiraan dan kebahagiaan yang aku kecapi sekarang terus berkekalan hendaknya...Amin.

*****--------------------------------------*****-----------------------------------*****

Monday, November 1, 2010

EPISOD 33: SYUKUR, ALHAMDULILLAH

Salam semua..

Alhamdulillah, aku bersyukur yang teramat sangat kerana diberi peluang menjawat jawatan berprestij dalam sektor kerajaan; Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Gred M41). Tidak dinafikan bahawa untuk memperoleh peluang ini, kita tidak boleh bersenang-lenang dan ambil mudah. Untuk menjadi seorang PTD, saya terpaksa melalui 3 tapisan awal; dimulai dengan menduduki peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam PTD di MARDI, Serdang; setelah lulus saya dikehendaki menghadiri PAC di INTURA, Sg. Petani; dan kemudiannya dipanggil menghadiri temuduga di JPA,Putrajaya. Kenangan indah dalam membuat persediaan dan mengikuti semua proses tapisan itu sudah pasti tidak dapat kulupakan.

Berhadapan dengan orang-orang yang hebat, sudah pasti ada juga segan silunya dan rasa taubat. Berhadapan dengan orang-orang yang lebih berpengalaman, sudah pasti diri rasa kerdil dan ketinggalan. Berhadapan dengan calon-calon yang berkarisma dan berilmu, sudah pasti timbul pertanyaan "Mampukah aku??".

Segalanya kuserahkan kepada Yang Maha Berkuasa. Alhamdulillah, rezekiku dimurahkan Ilahi. Aku telah bersedia untuk berkhidmat untuk negara serta membela nasib keluarga tercinta. Semoga segalanya dipermudahkan dan sentiasa di bawah lindunganNya.InsyaALLAH.

Wednesday, October 20, 2010

EPISOD 32: CITA-CITA: WANITA SOLEHAH

KELEBIHAN MENJADI SEORANG WANITA

· Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

· Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

· Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

· 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

· Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

· Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

· Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

· Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

· Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

· Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

· Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

· Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

· Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

· Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

· Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

· Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

· Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

· Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

· Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

· Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

· Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

· Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

· Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

· Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

· Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

*dipetik dari Rakan Masjid UTP

Alhamdulillah, kita diciptakan sebagai seorang wanita. Marilah sama-sama kita majukan diri demi mencapai cita-cita nan satu ini. InsyaALLAH.

Sunday, September 5, 2010

TITIPAN KHAS BUAT KALIAN



Khas buat semua ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan saya...(",)

Monday, July 12, 2010

EPISOD 30-PENGALAMAN INDAH DI PAC,PTD

Alhamdulillah, aku berjaya lulus ujian bertulis PTD tempoh hari. Aku seterusnya dipanggil menghadiri kursus PTD ACCESMENT CENTRE di INTURA, Sg.Petani, Kedah pada 2 Julai yang lalu. Kursus ini mengambil masa selama 1 hari sahaja berbanding tahun-tahun yang lepas (3 hari). Bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6 petang. Berikut merupakan aktiviti-aktivitinya:

1) Pendaftaran
Untuk sesi pendaftaran, aku bertuah kerana mendapat nombor bertuah pada hari tersebut. Di mana aku dapat no. giliran 1. Selesai semakan dokumen peribadi, timbangan badan dan sukatan tinggi diriku, aku dipanggil untuk sesi fotografi sebagai bukti kedatangan.


2) Slot Inovasi dan kerja berpasukan
Slot pertama adalah berkenal-kenalan dengan ahli kumpulanku yang terdiri daripada 11 orang. KEsemuanya hebat-hebat belaka. Walaupun telah mempunyai karier yang hebat dan stabil, masih berkeinginan untuk menjadi seorang pegawai tinggi Kerajaan. Sangat hebat!! kami perlu berbincang akan isu yang dikemukakan. Slot ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama, slot individu (isu: penambahbaikan dalam kaunter perkhidmatan kerajaan, fasiliti hospital dan pemansuan peperiksaan awam) dan slot kedua ialah pembentangan secara berkumpulan (isu: penyelewengan subsidi melibatkan nelayan). Selesai.. Berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat Jumaat

3) Cakap belakang
Slot berkumpulan dan bercakap dengan membelakangi kawan-kawan dalam kumpulan baru. Isunya adalah berkenaan penggunaan laman web sosial dalam perkhidmatan sesebuah organisasi. Masing-masing berlumba-lumba untuk menyatakan idea hebat masing-masing untuk mendapat markah yang bagus. Sehinggakan kesemuanya kekeringan idea kerana slot ini memang lama, lebih kurang 1 jam lamanya.

4) Ujian Fizikal

Tibalah masa yang dinanti-natikan. Bermulalah ujian fizikal khas buat kami. Kami dikehendaki berlari sebanyak 2 pusingan dengan meusing kawasan keseluruhan INTURA dengan masa hanya 10 minit sahaja. Alhamdulillah, aku berjaya melakukannya hanya dengan catatan masa selama 8 minit setengah. Nasiblah cubaan lari jarak jauh seperti itu sudah kubuat persediaan rapi untuknya sebelum itu.


5) Slot voice out

Dalam kepenatan, kami disuruh menghabiskan penilaian dengan membuat public speaking berpandukan barangan misteri yang diberi. Aku mendapat sebuah pinggan plastik buatan Malaysia. Terpaksalah merapu secara spontan untuk mendapatkan markah yang baik. Slot ini ingin menguji seseorang individu itu samada mampu bekerja di kala kepenatan ataupun tidak. Selesai kesemuanya, aku terus berangkat pulang. Pengalaman yang sangat menarik kerana fizikal dan mentalku diuji begitu hebat.

Sekian.

Monday, June 28, 2010

EPISOD 29 - KEMELUT PERASAAN


Pasti semua insan sentiasa berada di dalam situasi ini. Dalam satu masa, pelbagai rasa yang kita alami. Adakalanya bahagia dan gembira, begitu juga sebaliknya jika berasa sengsara mahupun sedih/derita. Jadi, terpulanglah kepada diri kita sama ada ingin memilih jalan bahagia ataupun sengsara??

Sukar sekali untuk putuskan jalan yang terbaik buat diri sendiri. Giat memerah otak serta keringat hanya untuk mendapatkan jawapan itu. Kadangkala, hampir saja putus asa, mahu saja dibiarkan begitu. Ibarat membina sebuah ayat, tidak ketemu tanda noktahnya sebagai pengakhiran ayat. Hanya ketemu tanda koma di pertengahan fasa pembinaan ayat.

*Seronok
**Kecewa
***Geram
****Sedih
*****Terkilan
******Benci
*******Bosan
********Bingung
*********Penat

Kepada sesiapa yang dilanda kemelut perasaan ini, semoga berjaya memutuskan yang terbaik untuk diri kita...Aja aja fighting!! (",)