Monday, July 12, 2010

EPISOD 30-PENGALAMAN INDAH DI PAC,PTD

Alhamdulillah, aku berjaya lulus ujian bertulis PTD tempoh hari. Aku seterusnya dipanggil menghadiri kursus PTD ACCESMENT CENTRE di INTURA, Sg.Petani, Kedah pada 2 Julai yang lalu. Kursus ini mengambil masa selama 1 hari sahaja berbanding tahun-tahun yang lepas (3 hari). Bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6 petang. Berikut merupakan aktiviti-aktivitinya:

1) Pendaftaran
Untuk sesi pendaftaran, aku bertuah kerana mendapat nombor bertuah pada hari tersebut. Di mana aku dapat no. giliran 1. Selesai semakan dokumen peribadi, timbangan badan dan sukatan tinggi diriku, aku dipanggil untuk sesi fotografi sebagai bukti kedatangan.


2) Slot Inovasi dan kerja berpasukan
Slot pertama adalah berkenal-kenalan dengan ahli kumpulanku yang terdiri daripada 11 orang. KEsemuanya hebat-hebat belaka. Walaupun telah mempunyai karier yang hebat dan stabil, masih berkeinginan untuk menjadi seorang pegawai tinggi Kerajaan. Sangat hebat!! kami perlu berbincang akan isu yang dikemukakan. Slot ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama, slot individu (isu: penambahbaikan dalam kaunter perkhidmatan kerajaan, fasiliti hospital dan pemansuan peperiksaan awam) dan slot kedua ialah pembentangan secara berkumpulan (isu: penyelewengan subsidi melibatkan nelayan). Selesai.. Berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat Jumaat

3) Cakap belakang
Slot berkumpulan dan bercakap dengan membelakangi kawan-kawan dalam kumpulan baru. Isunya adalah berkenaan penggunaan laman web sosial dalam perkhidmatan sesebuah organisasi. Masing-masing berlumba-lumba untuk menyatakan idea hebat masing-masing untuk mendapat markah yang bagus. Sehinggakan kesemuanya kekeringan idea kerana slot ini memang lama, lebih kurang 1 jam lamanya.

4) Ujian Fizikal

Tibalah masa yang dinanti-natikan. Bermulalah ujian fizikal khas buat kami. Kami dikehendaki berlari sebanyak 2 pusingan dengan meusing kawasan keseluruhan INTURA dengan masa hanya 10 minit sahaja. Alhamdulillah, aku berjaya melakukannya hanya dengan catatan masa selama 8 minit setengah. Nasiblah cubaan lari jarak jauh seperti itu sudah kubuat persediaan rapi untuknya sebelum itu.


5) Slot voice out

Dalam kepenatan, kami disuruh menghabiskan penilaian dengan membuat public speaking berpandukan barangan misteri yang diberi. Aku mendapat sebuah pinggan plastik buatan Malaysia. Terpaksalah merapu secara spontan untuk mendapatkan markah yang baik. Slot ini ingin menguji seseorang individu itu samada mampu bekerja di kala kepenatan ataupun tidak. Selesai kesemuanya, aku terus berangkat pulang. Pengalaman yang sangat menarik kerana fizikal dan mentalku diuji begitu hebat.

Sekian.

3 comments:

  1. salam

    wah! tahniah..bukan calang2 dpt ujian PTD tu..so camner keputusannyer?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, PAC lulus.dh selesai di interview. lg 2 weeks dpt tau dpt post tu ke x..doakan kejayaanku ye kwn!

    ReplyDelete
  3. wow... Tahniah,... Ape2 pun, Al the bez k?? hehe.. dh dpt penempatan ke? :)

    ReplyDelete