Wednesday, June 23, 2010

EPISOD 28 - AKTIVITI TERBARU

Berikut dilaporkan aktiviti terbaru yang aku sertai. Rombongan felo & JAKSA baru KKM, UKM ke Pulau Tioman pada 30 Mei 2010 - 2 Jun 2010.

30 Mei 2010
Kami bertolak dari kolej pada jam 12 tengah malam. Rombongan melibatkan 43 orang yang terdiri daripada staf, felo dan pelajar dengan menaiki 2 buah bas. Masaku dihabiskan dengan menjamah segala jajan yang disponsor oleh kawan-kawan di dalam bas sehingga krohhhh..lena..macam biasa, pantang bas bergerak jer, confirm aku akan lena dibuai mimpi yang indah..he he..Cuma berhenti rehat seketika untuk melepaskan hajat & mengisi tembolok masing-masing selama lebih kurang 1 jam di R&R Seremban.


31 Mei 2010
Beramai-ramai menunaikan solat Subuh di sebuah masjid yang terletak di Mersing. Alhamdulillah, selamat tiba berdekatan jeti. Sementara menunggu masa berlepas dari Tanjung Gemuk ke Pulau Tioman, kami menikmati sarapan di sebuah gerai. Walaupun rupanya usang, masakan mak cik itu dikatakan 'the best' oleh mereka-mereka yang terbabit. Pengembaraan diteruskan. Kami menaiki sebuah feri untuk sampai ke destinasi yang dituju. Ianya memakan masa selama dua jam setengah. Kebanyakan dari kami begitu teruja dengan keindahan alam ciptaan Ilahi di sini. SubhanaAllah. Akhirnya, kami selamat sampai ke Salang Pusaka Resort iaitu tempat kami menginap & beriadah. Sampai sahaja di pulau ini, kami terus ke bilik masing-masing (aku sebilik dengan Fiza & Umaira) dan kemudiannya menikmati makan tengahari. Menunya ialah nasi campur. Kami seterusnya berehat dan kembali berkumpul untuk aktiviti riadah pada pukul 4 petang. Para felo & JAKSA bekerjasama dalam pasukan masing-masing dan cuba lakukan yang terbaik. Permainan yang dijayakan ialah "NAZUHA KATA...", "KEPIT BELON & BAWAK STRAW DENGAN GETAH", "BALING TELUR REBUS"-aku seorang saja yang berjaya memecahkannya..he he.., "CARI SELIPAR DENGAN MATA BUTA" dan "CARI MEMBER SEKUMPULAN MENGGUNAKAN GELARAN DIBERI". Aktiviti sebelah malam pula diluangkan untuk makan malam seterusnya mengadakan perbincangan portfolio beserta kertas kerja dan pelan perancangan tahunan pihak JAKSA untuk aktiviti kolej semester hadapan dengan barisan kepimpinan yang baru. Selesai aktiviti untuk hari ini, kesemuanya tidur lena diselimuti gebar yang best sangat diiringi kesejukan pantai.


1 Jun 2010
Bangun pada awal pagi untuk menunaikan solat Subuh. Keheningan pagi yang damai menyukarkan aku untuk membukakan mataku. Namun, pabila teringat yang kami semua akan habiskan masa seharian suntuk berada di lautan dan menikmati keindahan Pulau Tioman ini. Selesai sarapan, kami semua bingkas menyiapkan diri dan membawa keperluan tertentu. Aktiviti pertama pergi ke Kampung Juara. Kemudian, bertapa mendaki bukit untuk ke waterfull, kawasan air terjun. Sudah penat main air, maka kami menjamu selera di jeti dan meneruskan perjalanan untuk lakukan snorkeling di tengah-tengah pulau. Dummm...terjun ke dasar laut, melihat coral reef dan pelbagai spesies ikan. Perjalanan balik kami disambut oleh kedatangan empat ekor dolphin yang comel. Kata pemandu bot, dia suka main dekat bot. Sempat lagi kami tangkap gambar. Buat kenangan. Seharian masa kami dihabiskan di dalam air. Aku bersyukur sangat sebab aku dapat menyertai kesemua aktiviti ini tanpa ada batasan pergerakan. Almaklumlah, fizikalku tidak seperti dulu lagi. Pada malamnya, aktiviti bebas. dan menikmati juadah Barbeque. Keenakan dan kesegaran makanan laut masih segar di ingatan. Aku membeli-belah dengan kawan-kawan di gerai-gerai sepanjang pantai. Aku belikan t-shirt untuk adik-adik dan diri sendiri.

2 Jun 2010
Bangun awal pagi bersama Fiza untuk merakamkan detik-detik kenangan terindah sepanjang berada di sana. Kerna tidak tahu sama ada masih berpeluang untuk ke sini lagi ataupun tidak. Kesemua ceruk pantai ini kami teroka. Sibuk berposing dengan macam-macam gaya untuk kenangan abadi bersama. Menginjak jam 11 pagi, kami berkumpul untuk berangkat pulang ke medan ilmu. Perjalanan pulang diserikan dengan keseronokan menonton filem seram yang tragis, berhenti makan tengahari di sebuah restoran yang mahal bangat dan selebihnya lena keletihan. Alhamdulillah, kami selamat sampai di KKM, UKM lebih kurang jam 9 malam.

Sekian.


No comments:

Post a Comment